shoutbox

Viewers

translate my blog

song

Followers

love


Saturday 23 January 2016

drama and conflict

kehidupan tak pernah kosong daripada dipenuhi drama dan konflik. kadang-kadang tengok kehidupan realiti ni dah macam drama drama yang ditayangkan dekat tv tuh. penuh kejutan tapi itulah kehidupan. haritu aku cakap dengan ayah nak bawak kereta pergi universiti.ayah biasalah perangai dia, tak reti nak cakap bila orang minta izin. mungkin sebab anak sulung dia ni kalau cakap nampak sangat macam mandatori semua orang kena ikut then petang tu juga ayah pergi servis kereta bagi tinted habis. habislah aku. aku P pun belum habis tapi kereta dah mengalahkan orang besar. dah adat hidup aku nak stand high but be humble. jadi bila ayah servis kereta jadi macam tu, aku susah hati sendiri. hidup aku selamanya pun menurut peraturan. aku bukan seorang yang suka mencari masalah then bila aku tanya ayah kenapa servis sampai macam tu, ayah kata aku susah nak berterima kasih dan tak reti nak menghargai penghargaan orang lain. salah mungkin cara pertanyaan aku. ataupun kerana hubungan yang renggang menyebabkan bertanya juga menjadi salah. daalam hidup ini, ada satu benda je yang aku takut iaitu bila aku beku tanpa perasaan. masa tu, dah takkan ada lagi yang mampu mengetuk pintu hati aku yang sedia terkunci. masa tu, aku akan tanpa sedar melukakan semua orang yang ada di sekeliling aku. dan aku harap masa tu takkan datang sebab aku yang tak berperasaan adalah aku yang mati.
semalam, aku main rollerblade then lutut aku luka. tapi pelik bila luka itu lngsung tak dirasai. mungkinkah memang betul bila hati sudah sedia terluka, luka lain nampak terlalu kecil dan bagaikan hanya debu yang berterbangan dibawa desir angin? tiada nilainya. aku kini hanya mampu berdoa yang aku yang tak berperasaan takkan pernah muncul menghiasi diari hidup aku sebab itu hanya akan menjadi mimpi ngeri bagi aku dan semua orang.

0 comments: